Tuesday, March 15, 2011


Perkelahan ke Sg. Kemensah
anjuran
KRRAK (Kelab Rekreasi & Riadah Apartment Kinabalu)


Tarikh : 2 & 3 April 2011
Hari : Sabtu & Ahad

Perkelahan ini terbuka kepada penduduk apartment kinabalu taman sinaran. Aktiviti ini julung-julung kali diadakan bertujuan memupuk semangat kekeluargaan diantara penghuni serta merapatkan tali sillaturrahim sedia ada.
Tempat ini dipilih kerana persekitaran kawasan yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan menghijau dengan keindahan pemandangan flora dan faunanya yang semula jadi cukup untuk para peserta merasai sendiri kehidupan didalam hutan rimba yang jauh daripada suasana hiruk pikuk di bandar.




Pendaftaran peserta yang ingin menyertai aktiviti ini sedang dibuka dan setakat ini sambutan adalah menggalakkan. Para peseta mempunyai pilihan iaitu samada ingin menyertai aktiviti malam (bermalam di Sg Kemensah) pada hari sabtu atau menyertai aktiviti siang pada hari Ahad. Tepuk dada tanya selera.

Antara aktiviti yang akan diadakan di Kemensah nanti adalah seperti makan-makan dan mandi manda (cam biasa le...). Selain daripada itu aktiviti lain yang ditawarkan disana nanti adalah seperti Painball, Biking, Jungle Trekking dan banyak lagi...( Ni kena keluar duit poket sendiri le yea.. hehe )

So... Kita jumpa di Sg. Kemensah..



1 comment:

  1. Assalammualaikum,

    Event dah berlalu.... gambor2 nye mana? kasi upload laa tuan administrator.

    ReplyDelete